Tentang Syarikat
   
Laman Utama
Tentang Syarikat
Manggis
Tentang Vemmanggis
Daftar Percuma
Bagaimana Bermula
Bayaran
Pakej Pek
Vemmabuilder
Myvemma
Produk
Pelan Ganjaran
Muat Turun
Artikel
Testimoni
Galeri
Pautan
Promosi
Berita Terkini
Hubungi Kami
 
 

 

VeMMA adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga dan berasaskan nilai keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision. New Vision yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu ialah pemimpin dalam industri kesihatan dan mencapai jumlah jualan runcit yang melebihi USD$1 bilion dolar.

New Vision telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai dalam industri pemasaran rangkaian. New Vision beroperasi dari Ibu Pejabat baru seluas 26,000 kaki persegi di 8322, East Hartford Drive, Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat. Syarikat ini juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas 25,000 kaki persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe, Arizona. Walau bagaimanpun di dalam industri pemasaran rangkaian (multilevel marketing), kadar syarikat baru yang gagal pada tahun pertama adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima tahun, New Vision telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama sepuluh tahun. Malah, yang lebih mengagumkan ialah New Vision telah membayar royalti hampir USD$500 juta dolar kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah lewat menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.

Kedua-dua New Vision dan VeMMA dimiliki oleh BK Boreyko dan adik perempuannya, Karen dan Lauren. Ibu bapa mereka, Ben dan Dottie Boreyko ialah pemasar rangkaian yang berjaya. Mereka telah lama terlibat dalam industri ini sejak zaman kanak-kanak mereka. Pada umur 7 tahun, BK bermula membantu ibu bapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka. Pada umur 18 tahun beliau menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga peringkat PS Direct. Apabila beliau berumur 30-an , beliau dan keluarganya telah melancarkan pemasaran rangkaian generasi baru yang dinamakan New Vision. New Vision ditubuhkan berasaskan kekuatan dan keberanian ibu mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, setahun sebelum New Vision ditubuhkan. Misi New Vision agak mudah, iaitu meningkatkan kualiti hidup keluarga dari segi fizikal dan kewangan. Dalam beberapa bulan sahaja, syarikat ini telah mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang mengagumkan oleh berkat kepimpinan yang dinamik sehingga disifatkan sebagai kapal roket oleh majalah Success Magazine. Tidak lama kemudian, BK dan adiknya Jason telah dihadiahi Anugerah Usahawan Cemerlang di Arizona oleh Ernst and Young atas berbagai-bagai inovasi dan sumbangan syarikat mereka.

BK bersyukur dengan setiap kejayaan dan restu yang dialami dan telah menggunakan sumber peribadi dan syarikat untuk membantu mereka yang kurang bernasib dengan menyumbang lebih daripada USD$2.5 juta dolar kepada berbagai-bagai pertubuhan dan kegiatan amal seperti Habitat for Humanity, Dream Centre, United Way, Yayasan Hutan Hujan dan Yayasan Dottie Boreyko (untuk membantu golongan belia di bandar).

New Vision telah memperkaya hidup beribu-ribu orang di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina, Australia dan New Zealand. Syarikat yang mantap dan dihormati ini memberikan ketenangan hati kepada Ahli Pasukan (pemimpin luar), Pemain Pasukan ( kakitangan Ibu Pejabat) dan Para Pelanggan kerana mereka sedar bahawa masa, tenaga dan sumber yang dilabur oleh mereka di dalam New Vision pada hari ini akan mendatangkan ganjaran kepada mereka pada hari esok.

VeMMA ialah hasil usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran rangkaian selama 10 tahun untuk mencipta peluang yang sempurna bagi 10 tahun yang akan datang serta masa depan selepas itu! Ini ialah peluang anda untuk mencapai hidup kaya dan bahagia yang akan memberi anda kebebasan dan keselesaan yang kita semua harap-harapkan dengan sokongan kukuh yang diberi oleh sebuah syarikat gergasi yang sungguh berjaya di dalam industri pemasaran rangkaian.


PROGRAM PEMAKANAN VeMMA

Barangkali
antioksidan cecair yang paling berkesan di seluruh dunia!

Manggis yang dikenali sebagai Ratu Buah-Buahan telah diguna oleh pengamal kesihatan di benua Asia sejak berkurun-kurun kerana faedah pemakanan dan rasa enaknya. Dengan mencantumkan kuasa antioksidan manggis dengan vitamin, zat mineral yang berpunca daripada tumbuhan , aloe vera dan teh hijau, anda dapat mencapai satu asas pemakanan unggul, iaitu Program Pemakanan VeMMA Essential for Life!

Seperti dimaklum ramai, pengambil multivitamin dan zat mineral setiap hari adalah penting untuk kesihatan sempurna pada jangka masa yang panjang. Program Pemakanan VeMMA menyediakan dua rumusan cecair yang sungguh berkesan dan menyediakan vitamin, zat mineral dan antioksidan yang anda perlu untuk membina asas pemakanan yang kukuh. Setiap produk VeMMA adalah mudah diserap oleh badan (bioavailable) , lazat dan mudah diambil.

Dalam Program Pemakanan VeMMA ini, anda akan mendapat sebotol Mangosteen Plus @32 auns dan sebotol Kiwi-Strawberry Essential Mineral @ 32 auns. Isikan separuh gelas ukuran VeMMA anda (yang terkandung dalam program anda) dengan Mangosteen Plus dan bakinya dengan Essential Minerals sebagai minuman bertenaga anda pada setiap hari!


Bukankah cara ini begitu mudah untuk menjaga kesihatan badan anda?

 
 
 
 
 
Satu-satunya produk kesihatan yang mudah dipakai.
 
Satu peluang perintis yang disokong oleh pemimpin industri selama 10 tahun yang menyediakan Khidmat Pelanggan Bertaraf Dunia.
 
Sokongan organisasi yang kuat.
 
Sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga dan berasaskan nilai keluarga.
 
Sebuah syarikat yang membalas sumbangan kepada masyarakat.
 
Kualiti nutrisi yang unggul dengan peluang yang dapat dipercayai.
 
 
 

2007-2008 VeMMANGGIS DotCom. All Rights Reserved.